Google

Klik di petak atas untuk pencarian...Google Search!

Mengapa Masih Ramai Orang Salah Anggap Akan Konsep Multi-Level Markering - Jualan Langsung

Mengapa masih ramai orang salah anggap / faham tentang Jualan Langsung (Multi-Level Marketing). Mengapa masih ramai yang negatif terhadap CNI. Topik ini bukan bertujuan untuk memperkecilkan kebolehan atau memandang rendah golongan yang belum menyertai CNI. Di sini marilah kita berbincang dan bertukar-tukar pendapat tentang jualan langsung CNI.

Saya dahulu pun seperti anda juga. Apabila saya diperkenalkan dengan jualan langsung CNI, saya terus beranggapan bahawa perniagaan ini adalah menjual barang secara langsung kepada orang ramai. Ini bukan sesuatu yang saya minati malah untuk melakukannya membuat saya malu. Mana mungkin saya boleh melakukan perniagaan ini sedangkan saya tidak mempunyai pengalaman untuk berjual. Apatah lagi hendak bersemuka dengan orang yang saya tidak kenali, Maka saya mula menutup pemikiran saya untuk tidak mengenal dan cuba untuk memahami perniagaan ini. Jadi, hampir setiap hujung bulan ibu saya bertanyakan samada saya sudah "register" menjadi ahli CNI. Oleh kerana tidak tahan dengan panggilan talipon dan rayuan daripada ibu saya maka saya pun "register" dengan harapan ianya akan berakhir.

Namun setelah itu, adik saya pula mula menerangkan agar saya mengikuti program-program yang dianjurkan oleh CNI. Pada mulanya memang saya tidak mahu namun setelah saya fikirkan, daripada membuang masa di rumah dengan menonton tv atau lepak bersama-sama rakan saya, akhirnya saya mula mengikuti program-program yang dianjurkan. Mula-mula saya mengikuti program B.O.S (Seminar Peluang Perniagaan). Oleh kerana malu dan tidak kenal ahli-ahli CNI yang lain, saya duduk di bahagian tengah. Saya tidak menyangka bahawa pada malam itu merupakan satu titik tolak kehidupan saya. Bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'. Bermula dari saat itu saya mula memberi peluang kepada diri sendiri untuk belajar dan memahami CNI. Saya juga mulai kenal rakan-rakan di dalam CNI dan sehingga sekarang setelah menyertai keluarga besar CNI, saya telah meraih gelaran-gelaran yang ada di dalam CNI.

Rakan-rakanku sekalian, perniagaan jualan langsung CNI sebenarnya tidak seperti yang kita sangkakan iaitu menjual barang-barang dari rumah ke rumah atau membebankan kita. Sebenarnya kita tidak memahami dengan jelas akan konsep yang ada di CNI. Sekiranya kita semua jelas dan memahami konsep ini, saya percaya kita semua berpeluang menikmati insentif-insentif yang ada di CNI dan malah kita boleh merealisasikan impian kita.

Konsep yang diperkenalkan oleh CNI adalah menggalakkan kita menukarkan jenama barangan keperluan harian kita kepada jenama CNI. Barangan keperluan harian kita seperti ubat gigi, sabun basuh, pencuci pinggan, shampoo, losyen dan sebagainya. Oleh kerana hanya menukarkan jenama sahaja kita pasti akan mendapat pulangan dalam bentuk wang ringgit. Bukankah ini sesuatu perkara yang begitu mudah untuk kita lakukan. Jadi dengan menukarkan jenama ubat gigi cap x kepada jenama CNI, anda pasti mendapat pulangan. Sudah pasti kita semua seronok menggunakan barangan keperluan kita tadi. Apabila kita sudah mendapat pulangan ataupun 'bonus', bulan seterusnya sudah pasti barang yang kita beli lagi menjadi percuma. Bukankan ini menguntungkan kita semua. Sebaliknya apabila kita berbelanja barangan keperluan harian yang bukan jenama CNI, sudah pasti kita tidak akan mendapat apa-apa pulangan 'bonus' untuk seumur hidup kita dan juga generasi yang akan datang.

Jadi persoalannya sekarang, adakah kita masih seronok membeli barangan keperluan harian kita tanpa apa-apa pulangan 'bonus' dalam bentuk wang ringgit. Sekiranya anda seronok, saya pun tidak dapat berbuat apa-apa. Ini semua pilihan masing-masing.

Sekiranya kita mengambil langkah yang bijak dengan berbelanja barangan keperluan harian kita di CNI dan mendapat pulangan 'bonus' dalam bentuk wang ringgit, sudah pasti ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, kawan sekolah, saudara-mara kita juga ingin berbelanja di tempat yang sama. Bukankan ini salah satu cara kita sama-sama menikmati pulangan 'bonus' dalam bentuk wang ringgit yang mana bukan hanya sekali sahaja tetapi untuk seumur hidup kita.

Rakan-rakan sekalian, sejarah telah membuktikan bahawa selama ini kita telah berbelanja di tempat yang selalu kita kunjungi seperti supermarker, hypermarket, kedai-kedai runcit dan perkara ini telah kita lakukan bersama-sama oleh ahli keluarga kita sendiri. Walaupun kita tidak mendapat apa-apa pulangan selama ini apabila kita berbelanja, kita sedikit pun tidak memberontak atau berpaling tadah terhadap tauke / pengurus / bos kedai itu. Adakah kita masih juga hendak berbelanja di tempat yang tidak memberi apa-apa pulangan bonus kepada kita untuk selamanya walaupun kita sendiri telah membuktikanya selama ini.

Sejarah perbelanjaan kita merupakan satu pengajaran yang cukup bermakna. semua orang pasti melalui proses yang sama di dalam menyediakan barangan keperluan asas kita. Sejarah juga mengingatkan kita agar sentiasa memperbaiki dan meningkatkan pencapaian kita dan bukannya mengulangi sejarah yang sama.

Jadi hari ini rakan-rakan ku sekalian, marilah kita bersama-sama maju setapak ke depan untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan kita. Kemajuan tidak menghadkan sesiapapun untuk mendapatkanya. Selagi ada kemahuan untuk merubah kehidupan ke arah yang lebih baik, pasti kita semua merealisasikan impian yang kita impikan selama ini. Tepuk dada sendiri samada kita mahukan kesenangan atau terus kekal begini selamanya. Fikir-fikirkan lah....

No comments:

This web site is created to promote a Multi-Level Marketing - Creative Network International (CNI) Business. This web site is not an official web site for CNI. Designed and Published by Martin Justin Sigoh