CNI telah bergabung dengan beberapa syarikat yang terkenal bagi meningkatkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan kepada usahawan-usahawan yang menceburi kerjaya ini. Ini sekaligus menunjukkan keyakinan yang tinggi oleh syarikat lain terhadap CNI di dalam memasarkan produk-produk yang bermutu dan berkualiti tinggi. Ini turut menyumbang kepada peningkatan pemerolehan bonus di kalangan usahawan CNI.
Gabungan Syarikat Terkemuka
Pengguna Yang Bijak
Bertepatan dengan konsep "PENGGUNA YANG BIJAK" dimana seseorang pengguna boleh berbelanja dengan bijak dan sekaligus dapat menjana pendapatan dengan hanya berbelanja sahaja. Pastinya di CNI. Di CNI menawarkan pelbagai insentif dan keuntungan apabila anda berbelanja di situ. Dengan berkonsepkan mengguna "Barangan Keperluan Harian" @ produk asas dapat menghasilkan pulangan yang lumayan dalam bentuk wang ringgit. Ini merupakan satu peluang yang begitu hebat. Contohnya; anda hari ini menggunakan ubat gigi. Yang pastinya tiada pulangan yang hebat setelah membeli. Ubat gigi merupakan produk asas harian kita. Tetapi sekiranya anda diberi peluang untuk menggunakan ubat gigi dimana anda hanya perlu menukar jenama sahaja dan boleh memberi pulangan yang lumayan, adakah anda menolak peluang ini? Saya pasti semua orang mahukan keuntungan
Mungkin anda berfikir bahawa produk-produk yang ditawarkan di CNI agak mahal berbanding dengan produk yang lain, saya bersetuju dengan komen anda. Barangan yang agak mahal pastinya mempunyai kualiti yang tinggi berbanding dengan yang murah. Walaupun selama ini kita mendapatkan barangan keperluan harian @ produk asas dalam harga yang murah apabila berbelanja, yang pasti ialah kita tidak mendapat apa-apa keuntungan untuk sepanjang hidup kita. Jadi barangan yang kita anggap murah ini tadi sebenarnya mahal. Sekiranya kita membeli barangan keperluan harian @ produk asas yang harganya berpatutan dan berkualiti tinggi di mana kedai itu menawarkan pelbagai insentif, yang pastinya kita akan mendapat keuntungan seumur hidup kita dengan hanya berbelanja @ shoping sahaja. Sebenarnya barangan tadi adalah jauh lebih murah jikalau kita bandingkan dengan produk luaran tadi. Sebagai seorang pengguna yang bijak, pilih tempat yang betul untuk berbelanja @ shoping sekaligus memberi pulangan yang lumayan untuk diri anda dan keluarga. Fikir-fikirkan lah
Tak Kenal Maka Tak Cinta
Semakin banyak yang kita kenal terhadap sesuatu semakin tinggilah cinta kita terhadap sesuatu itu. Teorinya ia berkadar terus, maka janganlah berputus asa dalam proses menambahkan maklumat terhadap sesuatu. Teruskan kenal, tahu, erti, faham kerana di hujung hari anda akan tersenyum dengan kadar cinta meningkat itu" ungkapan daripada seorang rakan karib saya Encik Zaiwin yang bergiat aktif di dalam bidang astronomi.
Apabila saya mengamati ungkapan yang ditulis oleh beliau, di dalam kehidupan kita pun begitu juga. Tanpa mengenal dengan jelas, tahu, erti dan faham akan sesuatu itu pasti kita tidak akan berminat untuk melakukannya. Apabila kita telah mengenal dengan jelas, erti dan faham akan sesuatu itu, pasti akan timbul keinginan untuk melakukannya. Berdetik dari situ, kita mula mencari jawapan yang membolehkan kita maju setapak kehadapan dan tanpa kita sedari ianya mulai menyeronokkan. Apabila menyeronokkan, keinginan untuk melakukan sesuatu meningkat dan menghasilkan perasaan yang ghairah. Dengan perasaan yang begitu ghairah, kita mula melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan apa tanggapan orang lain terhadap kita. Yang penting kita tahu sesuatu itu baik untuk diri kita, keluarga, rakan-rakan dan orang-orang di sekeliling kita.
"9/10 rezeki kekayaan datangnya daripada berniaga"
"Tuhan tidak pernah menyempitkan rezeki seseorang itu, namun seseorang itu yang menyempitkan rezeki mereka"
Sudah pasti apabila kita bercerita tentang CNI, tanggapan sesetengah pihak begitu negatif. Yang menyedihkan mengatakan tidak berminat sedangkan belum tahu, mengerti, jelas dan faham akan CNI. Tak kenal maka tak cinta. Sekiranya kita tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk mengenal sesuatu perkara itu, pasti kita tidak faham untuk selamanya. Bertitik-tolak daripada perasaan ingin tahu seseorang itu akan mula memberi peluang kepada dirinya untuk belajar tentang sesuatu perkara itu. Ini merupakan kunci yang penting untuk kita berjaya tidak kira dalam apa bentuk bidang yang ingin kita ceburi
"Allah menjadikan rezeki sesuatu yang unik dan mempersona. Apabila kita tidak memahami rahsianya, pasti kita diperhambakannya setiap hari. Selain menjadikan kita sengsara dan hina, ia juga menyita seluruh waktu hidup kita"
Apabila saya bertanya kepada rakan-rakan atau kenalan yang baru saya kenali, adakah mereka mempunyai impian hendak hidup bahagia, tahap kesihatan yang baik, wang yang banyak dan kebebasan dalam melakukan banyak perkara...rata-rata mereka ingin mahu memiliki kesemua elemen itu tadi. Tak kira siapa pun, yang pasti semuanya inginkan kehidupan yang lebih baik, kesihatan yang terjamin dan kebebasan kewangan. Jadi untuk memiliki elemen-elemen itu tadi, kita mula menceburkan diri dalam pelbagai bidang yang dapat memberi pulangan yang lumayan namun ada juga yang berusaha bermati-matian tetapi di penghujung perjalanan tetap tidak berubah. Kenapa ini terjadi? Adakah kita tiada rezeki atau nasib?
Bercerita tentang rezeki ni, bagi mereka yang sentiasa mencari peluang pasti akan memperolehi rezeki yang lebih baik. Rezeki tidak datang bergolek. Saya rasa anda semua setuju dengan saya. Nasib pun begitu juga. Tuhan tidak menentukan nasib kita malang di dalam kehidupan sebaliknya kita sendiri yang menidakkan nasib sendiri. Kalau kita berusaha dengan gigih di tempat yang betul untuk berjaya, pasti nasib kita akan jadi lebih baik
Contohnya; kenapa seseorang itu boleh menjadi doktor, adakah kerana nasib? Sudah tentu tidak. Dengan usaha yang gigih belajar bidang kedoktoran, maka dia berjaya menjadi doktor. Oleh itu nasib seseorang itu baik. Begitu juga di kehidupan kita, nasib kita baik ditentukan oleh kita sendiri samada kita berusaha ke arah yang lebih baik atau sebaliknya
"Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, sebaliknya kaum itu sendiri yang mengubahnya"