Google

Klik di petak atas untuk pencarian...Google Search!

Mengapa Masih Ramai Orang Salah Anggap Akan Konsep Multi-Level Markering - Jualan Langsung

Mengapa masih ramai orang salah anggap / faham tentang Jualan Langsung (Multi-Level Marketing). Mengapa masih ramai yang negatif terhadap CNI. Topik ini bukan bertujuan untuk memperkecilkan kebolehan atau memandang rendah golongan yang belum menyertai CNI. Di sini marilah kita berbincang dan bertukar-tukar pendapat tentang jualan langsung CNI.

Saya dahulu pun seperti anda juga. Apabila saya diperkenalkan dengan jualan langsung CNI, saya terus beranggapan bahawa perniagaan ini adalah menjual barang secara langsung kepada orang ramai. Ini bukan sesuatu yang saya minati malah untuk melakukannya membuat saya malu. Mana mungkin saya boleh melakukan perniagaan ini sedangkan saya tidak mempunyai pengalaman untuk berjual. Apatah lagi hendak bersemuka dengan orang yang saya tidak kenali, Maka saya mula menutup pemikiran saya untuk tidak mengenal dan cuba untuk memahami perniagaan ini. Jadi, hampir setiap hujung bulan ibu saya bertanyakan samada saya sudah "register" menjadi ahli CNI. Oleh kerana tidak tahan dengan panggilan talipon dan rayuan daripada ibu saya maka saya pun "register" dengan harapan ianya akan berakhir.

Namun setelah itu, adik saya pula mula menerangkan agar saya mengikuti program-program yang dianjurkan oleh CNI. Pada mulanya memang saya tidak mahu namun setelah saya fikirkan, daripada membuang masa di rumah dengan menonton tv atau lepak bersama-sama rakan saya, akhirnya saya mula mengikuti program-program yang dianjurkan. Mula-mula saya mengikuti program B.O.S (Seminar Peluang Perniagaan). Oleh kerana malu dan tidak kenal ahli-ahli CNI yang lain, saya duduk di bahagian tengah. Saya tidak menyangka bahawa pada malam itu merupakan satu titik tolak kehidupan saya. Bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'. Bermula dari saat itu saya mula memberi peluang kepada diri sendiri untuk belajar dan memahami CNI. Saya juga mulai kenal rakan-rakan di dalam CNI dan sehingga sekarang setelah menyertai keluarga besar CNI, saya telah meraih gelaran-gelaran yang ada di dalam CNI.

Rakan-rakanku sekalian, perniagaan jualan langsung CNI sebenarnya tidak seperti yang kita sangkakan iaitu menjual barang-barang dari rumah ke rumah atau membebankan kita. Sebenarnya kita tidak memahami dengan jelas akan konsep yang ada di CNI. Sekiranya kita semua jelas dan memahami konsep ini, saya percaya kita semua berpeluang menikmati insentif-insentif yang ada di CNI dan malah kita boleh merealisasikan impian kita.

Konsep yang diperkenalkan oleh CNI adalah menggalakkan kita menukarkan jenama barangan keperluan harian kita kepada jenama CNI. Barangan keperluan harian kita seperti ubat gigi, sabun basuh, pencuci pinggan, shampoo, losyen dan sebagainya. Oleh kerana hanya menukarkan jenama sahaja kita pasti akan mendapat pulangan dalam bentuk wang ringgit. Bukankah ini sesuatu perkara yang begitu mudah untuk kita lakukan. Jadi dengan menukarkan jenama ubat gigi cap x kepada jenama CNI, anda pasti mendapat pulangan. Sudah pasti kita semua seronok menggunakan barangan keperluan kita tadi. Apabila kita sudah mendapat pulangan ataupun 'bonus', bulan seterusnya sudah pasti barang yang kita beli lagi menjadi percuma. Bukankan ini menguntungkan kita semua. Sebaliknya apabila kita berbelanja barangan keperluan harian yang bukan jenama CNI, sudah pasti kita tidak akan mendapat apa-apa pulangan 'bonus' untuk seumur hidup kita dan juga generasi yang akan datang.

Jadi persoalannya sekarang, adakah kita masih seronok membeli barangan keperluan harian kita tanpa apa-apa pulangan 'bonus' dalam bentuk wang ringgit. Sekiranya anda seronok, saya pun tidak dapat berbuat apa-apa. Ini semua pilihan masing-masing.

Sekiranya kita mengambil langkah yang bijak dengan berbelanja barangan keperluan harian kita di CNI dan mendapat pulangan 'bonus' dalam bentuk wang ringgit, sudah pasti ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, kawan sekolah, saudara-mara kita juga ingin berbelanja di tempat yang sama. Bukankan ini salah satu cara kita sama-sama menikmati pulangan 'bonus' dalam bentuk wang ringgit yang mana bukan hanya sekali sahaja tetapi untuk seumur hidup kita.

Rakan-rakan sekalian, sejarah telah membuktikan bahawa selama ini kita telah berbelanja di tempat yang selalu kita kunjungi seperti supermarker, hypermarket, kedai-kedai runcit dan perkara ini telah kita lakukan bersama-sama oleh ahli keluarga kita sendiri. Walaupun kita tidak mendapat apa-apa pulangan selama ini apabila kita berbelanja, kita sedikit pun tidak memberontak atau berpaling tadah terhadap tauke / pengurus / bos kedai itu. Adakah kita masih juga hendak berbelanja di tempat yang tidak memberi apa-apa pulangan bonus kepada kita untuk selamanya walaupun kita sendiri telah membuktikanya selama ini.

Sejarah perbelanjaan kita merupakan satu pengajaran yang cukup bermakna. semua orang pasti melalui proses yang sama di dalam menyediakan barangan keperluan asas kita. Sejarah juga mengingatkan kita agar sentiasa memperbaiki dan meningkatkan pencapaian kita dan bukannya mengulangi sejarah yang sama.

Jadi hari ini rakan-rakan ku sekalian, marilah kita bersama-sama maju setapak ke depan untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan kita. Kemajuan tidak menghadkan sesiapapun untuk mendapatkanya. Selagi ada kemahuan untuk merubah kehidupan ke arah yang lebih baik, pasti kita semua merealisasikan impian yang kita impikan selama ini. Tepuk dada sendiri samada kita mahukan kesenangan atau terus kekal begini selamanya. Fikir-fikirkan lah....

Laman Web Terbaru CNI


Laman web yang terkini memudahkan ahli-ahli CNI mengikuti perkembangan semasa dan produk-produk yang dipasarkan. Lebih berinformasi dan interaktif

Jutawan bangsa Iban yang pertama di Sarawak!!


Mengikut legenda Sarawak, kaum Iban adalah keturunan pahlawan yang paling berani, garang dan keras hati. Namun pertama kali bertemu dengan Pengurus Agensi Intan Jutawan Iban yang pertama, Ahmad Abdullah, personanya amat santun berkhemah dan pertuturannya tersusun, sebagai layaknya seorang bekas guru.

Tetapi setelah mengenali beliau, semua ciri-ciri "keras" tersebut masih kukuh di jiwanya; cuma manifestasinya berlainan bentuk. MDAM Ahmad Abdullah berani mencuba pasaran yang tidak diterokai sebelum ini iaitu menjual produk-produk CNI ke rumah-rumah panjang di kawasan pendalaman. Garang semangatnya meredah perjalanan yang jauh dan hatinya yang keras tidak mahu cepat berputus asa walau pada awalnya sukar untuk menembusi segmen baru ini.


"Kaum Iban adalah kaum terbesar di Sarawak dan kuasa membeli mereka sudah meningkat. Ini pasaran tersedia yang belum disentuh. Saya menemui ketua masyarakat di rumah-rumah panjang dan meminta kebenaran untuk membuat demonstrasi produk. Masyarakat Iban di rumah panjang sukar didekati jika kita tidak mengenali adat mereka. Mereka kurang mendapat pendedahan kesihatan, lalu apabila saya menerangkan tentang punca penyakit lazimnya yang mereka alami dan bagaimana produk CNI dapat membantu masalah kesihatan mereka, mereka dapat menerima produk-produk CNI dengan baik," cerita beliau.

"Ester-C Plus misalnya, sangat mudah diterima kerana kepelbagaian khasiatnya. Kesannya begitu cepat dan ketara, sehingga kebaikannya menjadi cerita di kalangan pengguna. Maka permintaannya turut meningkat. Begitu juga dengan produk penjagaan diri dan isi rumah lain. Apabila saya dapat menerangkan maklumat produk dengan jelas, mereka menjadi pengguna yang sangat setia," cerita MDAM Ahmad dengan bersungguh-sungguh.

"Maka jelaslah ilmu pengetahuan yang mendalam tentang produk dan kumpulan sasaran amat penting untuk mengembangkan pasaran. Kesabaran dan ilmu agama juga memimpin saya sehingga ke tahap Intan Jutawan"


Pelancongan ke Eropah 2007 - secara percuma dari CNI

Isterinya Roziah, turut menambah, usahawan CNI perlu berfikiran ke hadapan. Misalnya, setelah mencapai Tabung Kereta, langkah seterusnya mesti siap tersusun untuk mencapai matlamat berikutnya. Downline juga perlu dipimpin dengan pengetahuan mendalam supaya mereka juga mantap dan menyokong usaha upline.

"Jangan ghairah ketika mendapat wang yang banyak, beringat ketika berbelanja kerana perjalanan masih jauh. Jika ilmu pengetahuan masih belum cukup kukuh, belajar daripada pemimpin berjaya." pesannya kepada semua usahawan CNI.

Pasangan Intan Jutawan ini ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada upline MDAM Roslan Abdulaah, ibu bapa, organisasi mereka serta rakan-rakan usahawan CNI semua tidak kira di mana. MDAM Ahmad akan berusaha untuk memastikan ramai pemimpin CNI lahir daripada pasaran barunya dan CNI akan mengharumkan di seluruh Borneo!

Pelbagai Produk Yang Menjanjikan Pulangan Lumayan


Creative Network International atau lebih dikenali sebagai CNI telah menyediakan pelbagai produk kegunaan harian untuk semua golongan lapisan masyarakat. Ini bertepatan dengan motto dari Kementerian Hal Ehwal Pengguna "PENGGUNA BIJAK" di mana setiap ahli yang berbelanja pasti akan mendapat pulangan dalam bentuk $$$$. Ini membuktikan sistem yang diperkenalkan oleh CNI dapat membantu setiap orang meningkatkan lagi taraf kehidupan mereka dengan hanya melakukan perkara yang berulang-ulang iaitu "Berbelanja / Shoping".

CNI juga telah bergabung dengan syarikat tempatan dan juga luar negara untuk memasarkan produk bagi memenuhi keperluan masyarakat. Dengan adanya kepelbagaian produk yang diperkenalkan, kita sebagai pengguna pasti lebih beruntung dan mempunyai pelbagai pilihan yang menarik dan bermutu tinggi.

Sokongan padu Kerajaan Negeri Sarawak meningkatkan lagi perniagaan Pemasaran Berperingkat CNI


Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Hj Abdul Taib Mahmud merasmikan sambutan Ulangtahun CNI yang ke 18 di Stadium Tertutup, Kuching dan kenangan bersama Jutawan CNI dari Sarawak.

Gabungan Syarikat Terkemuka


CNI telah bergabung dengan beberapa syarikat yang terkenal bagi meningkatkan lagi perkhidmatan yang ditawarkan kepada usahawan-usahawan yang menceburi kerjaya ini. Ini sekaligus menunjukkan keyakinan yang tinggi oleh syarikat lain terhadap CNI di dalam memasarkan produk-produk yang bermutu dan berkualiti tinggi. Ini turut menyumbang kepada peningkatan pemerolehan bonus di kalangan usahawan CNI.

This web site is created to promote a Multi-Level Marketing - Creative Network International (CNI) Business. This web site is not an official web site for CNI. Designed and Published by Martin Justin Sigoh