Google

Klik di petak atas untuk pencarian...Google Search!

Jutawan bangsa Iban yang pertama di Sarawak!!


Mengikut legenda Sarawak, kaum Iban adalah keturunan pahlawan yang paling berani, garang dan keras hati. Namun pertama kali bertemu dengan Pengurus Agensi Intan Jutawan Iban yang pertama, Ahmad Abdullah, personanya amat santun berkhemah dan pertuturannya tersusun, sebagai layaknya seorang bekas guru.

Tetapi setelah mengenali beliau, semua ciri-ciri "keras" tersebut masih kukuh di jiwanya; cuma manifestasinya berlainan bentuk. MDAM Ahmad Abdullah berani mencuba pasaran yang tidak diterokai sebelum ini iaitu menjual produk-produk CNI ke rumah-rumah panjang di kawasan pendalaman. Garang semangatnya meredah perjalanan yang jauh dan hatinya yang keras tidak mahu cepat berputus asa walau pada awalnya sukar untuk menembusi segmen baru ini.


"Kaum Iban adalah kaum terbesar di Sarawak dan kuasa membeli mereka sudah meningkat. Ini pasaran tersedia yang belum disentuh. Saya menemui ketua masyarakat di rumah-rumah panjang dan meminta kebenaran untuk membuat demonstrasi produk. Masyarakat Iban di rumah panjang sukar didekati jika kita tidak mengenali adat mereka. Mereka kurang mendapat pendedahan kesihatan, lalu apabila saya menerangkan tentang punca penyakit lazimnya yang mereka alami dan bagaimana produk CNI dapat membantu masalah kesihatan mereka, mereka dapat menerima produk-produk CNI dengan baik," cerita beliau.

"Ester-C Plus misalnya, sangat mudah diterima kerana kepelbagaian khasiatnya. Kesannya begitu cepat dan ketara, sehingga kebaikannya menjadi cerita di kalangan pengguna. Maka permintaannya turut meningkat. Begitu juga dengan produk penjagaan diri dan isi rumah lain. Apabila saya dapat menerangkan maklumat produk dengan jelas, mereka menjadi pengguna yang sangat setia," cerita MDAM Ahmad dengan bersungguh-sungguh.

"Maka jelaslah ilmu pengetahuan yang mendalam tentang produk dan kumpulan sasaran amat penting untuk mengembangkan pasaran. Kesabaran dan ilmu agama juga memimpin saya sehingga ke tahap Intan Jutawan"


Pelancongan ke Eropah 2007 - secara percuma dari CNI

Isterinya Roziah, turut menambah, usahawan CNI perlu berfikiran ke hadapan. Misalnya, setelah mencapai Tabung Kereta, langkah seterusnya mesti siap tersusun untuk mencapai matlamat berikutnya. Downline juga perlu dipimpin dengan pengetahuan mendalam supaya mereka juga mantap dan menyokong usaha upline.

"Jangan ghairah ketika mendapat wang yang banyak, beringat ketika berbelanja kerana perjalanan masih jauh. Jika ilmu pengetahuan masih belum cukup kukuh, belajar daripada pemimpin berjaya." pesannya kepada semua usahawan CNI.

Pasangan Intan Jutawan ini ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada upline MDAM Roslan Abdulaah, ibu bapa, organisasi mereka serta rakan-rakan usahawan CNI semua tidak kira di mana. MDAM Ahmad akan berusaha untuk memastikan ramai pemimpin CNI lahir daripada pasaran barunya dan CNI akan mengharumkan di seluruh Borneo!

This web site is created to promote a Multi-Level Marketing - Creative Network International (CNI) Business. This web site is not an official web site for CNI. Designed and Published by Martin Justin Sigoh