Google

Klik di petak atas untuk pencarian...Google Search!

Kekayaan Manusia Dihasilkan Oleh Konsumer

Hari ini, tidak mengira sama ada seseorang itu pelajar, golongan profesional, golongan elit, doktor, memiliki ijazah, pekerja buruh binaan, ahli perniagaan, budak pejabat, jurutera, penoreh getah dan sebagainya, kita semua adalah seorang "PENGGUNA". Dan kekayaan itu datangnya daripada pengguna. Tanpa permintaan pasti tidak akan terhasil kekayaan. Setiap perkara untuk menghasilkan kekayaan memerlukan hubungan yang baik sesama manusia. Manusia tidak boleh berjaya sekiranya tidak berinteraksi dengan orang lain.

Sejak kebelakangan ini, banyak isu-isu semasa membimbangkan semua pihak terutamanya kita sebagai pengguna. Isu kenaikan harga barang semakin hangat diperdebatkan di kalangan pengguna. Boleh dikatakan hampir kesemua barangan keperluan harian kita meningkat dan ini sekaligus memberi kesan kepada kita semua. Perkara ini memang tidak dapat kita elakkan, perbelanjaan harian kita semakin meningkat dan yang pastinya kita tetap akan berbelanja seperti biasa.

Selagi ada kemahuan maka di situ ada jalan. Walaupun hari ini kita tidak boleh lari sebagai pengguna, tetapi masih ada jalankeluar untuk kita iatu dengan menjadi PENGGUNA BIJAK. Sebagaimana "SmartShop", mereka sentiasa membuat untung!, Apa kata pula hari mulai hari ini kita pula jadi "Smart Consumer"...saya rasa sudah pastilah kita semua pula yang mendapat keuntungannya.

Mari kita lihat carta dibawah:


Persoalannya sekarang berapakah jumlah perbelanjaan kita, ahli keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan dan orang di sekeliling kita setiap bulan? Sampai bilakah kita membeli barang-barang keperluan ini tadi dan adakah kita mendapat faedah @ keuntungan apabila kita berbelanja? Ini bukan sesuatu yang baru kita lakukan malah perkara ini telah wujud sekian lama. Menggunakan barang keperluan harian @ produk asas merupakan rutin di dalam kehidupan kita dan tiada paksaan. Selagi ada permintaan selagi itulah proses sebagai seorang "PENGGUNA" kekal di muka bumi ini.

Dengan mengambil langkah yang bijak dan hanya perlu menukarkan jenama barangan keperluan harian @ produk asas kita kepada jenama CNI, maka proses keuntungan pun bermula.

No comments:

This web site is created to promote a Multi-Level Marketing - Creative Network International (CNI) Business. This web site is not an official web site for CNI. Designed and Published by Martin Justin Sigoh